Posts

Showing posts from 2009

Maroc di Arena paintball

Image
S alam semua bagi tahun baru 2010.. ramai yang tertanya-tanya kemana menghilangnya arah tuju maroc setelah sepi dan mendiam untuk beberapa ketika. walau pun dah hampir masuk bulan 2 namun masih belum terlambat lagi untuk kita semua menanam azam di tahun 2010 ini. Pada kali ini maroc yang dulu dan kini tetap selamanya bersama ahli-ahli mengharungi pelabgai aktiviti yang menjadikan kami semakin matang.. paintball itu lah antara aktiviti yang telah disertai oleh beberapa ahli maroc baru-baru ini. berlansung di K club taman melawati pada 6/2/2010 jam 10:30am.
Image
Selamat hari raya,,, diucapkan kepada semua warga TM amnya serta rakan kelab maroc khasnya. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menganjurkan majlis sambutan hari raya aidilfitri yang diadakan pada 10 oktober 2009 bermula jam 8:30mlm yang telah dihadiri beberapa pegawai tertinggi TM. Majlis yang telah diserikan dengan cabutan bertuah dan makan malam itu antara menu utamanya adalah satey. selain mengeratkan lagi semangat kekeluargaan antara warta tm mahupun rakan maroc ia merupakan satu lagi majlis yang diusahakan oleh gandingan ahli kelab maroc yang tak jemu-jemu membantu dari mula hingga ke akhirnya. selain itu sesi karaoke juga turut diadakan yang mana beberapa ahli maroc juga telah menyumbangkan suara mereka bagi memeriahkan sambutan majlis tersebut. sekian Editor

Maroc mania

Selamat menyambut bulan kemerdekaan yang ke 52 tahun bagi seluruh rakyat malaysia amnya dan ahli maroc khususnya. sebagai rakyat ahli maroc khususnya diminta mengibarkan jalur gemilang di rumah mahupun kenderaan masing-masing sebagai tanda kita bangga dengan kemerdekaan negara kita yang kita cinta ini. pada tahun ini kita semua bekesempatan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita, di bulan yang mulia iaitu bulan puasa.. selain kita manghayati erti kemerdekaan kita juga harus memahami seterusnya menjalani ibadah ini dalam erti kata sebagai seorang rakyat yang merdeka.. semoga kita sama-sama memperoleh keberkatan di bulan yang mulia. so sebagai penutup aktiviti karaoke bulan ini mari kita layan sedikit persembahan dari ahli-ahli maroc sendiri..semoga terhibur.

Menyanyi...

Image
Bakat memang ada,, cuma perlu di asah dan gilap saja. Suara... jika boleh berkata-kata maknernya boleh la menyanyi, sedap atau tidak bukan persoalannya. semua itu di jadikan satu dan hasilnya dari hari kehari maroc mungkin akan melahirkan penyanyi yang setanding artis rakaman.. cuma tidak di ketengahkan saja. walau apa pun tanggapan orang kami sekadar penghibur dihati kami juga rakan-rakan seperjuangan di kelab ini.. sekurang-kurangnya tidak la hanya di kamar mandi saja. aktiviti ini hanya dijalankan jika berkelapangan dan luar waktu kerja. dalam bulan ini ramai juga ahli yang mengalami masalah kesihatan iaitu demam biasa saja dan kami disini sentiasa mendoakan agar ahli-ahli maroc sentiasa sihat dan dijauhkan dengan penyakit-penyakit yang heboh diperkatakan ketika ini iaitu influza H1N1.. editor sendiri minggu ini dapat MC 2 hari disebabkan sakit mata.. Jika diperhatikan di klinik-klinik atau hospital kerajaan memang ramai orang. Jadi kita kembali ke asal nya iaitu semua ini ketentua
Image
MESYUARAT PERTAMA MAROC pada 9july lepas telah diadakan mesyuarat maroc yang pertama di pengerusikan oleh En hairi iaitu selaku pengerusi maroc. Antara topic perbincangan adalah berkenaan kedudukan kewangan kelab dan perancangan aktiviti penutup bagi tahun ini. pada hari tersebut aktiviti yang di rancangkan merupakan satu percutian keluarga pada semua ahli keluarga maroc, dan ia dirancangkan di persisir pantai kuala sunggai baru melaka yang dijangka diadakan pada december ini. pada hari itu ramai ahli yang hadir dan bermacam-macam hal yang di bangkinkan namun kata putus untuk percutian yang di rancangkan masih belum nampak akan kenyataannya dimana terlalu banyak pendapat dan juga banyak bangkangan. dan kesudahannya mesyuarat itu di tunda kesatu tarikh yang akan datang. Visit My Photos - 36 Pics meeting

ini maroc kita jom layan..

8 may 2009 salam, semua aper khabar semoga terkabar sihat rakan maroc yang kini dah setengah tahun berada di 2009. pelbagai peristiwa dan kenangan dapat dilalui masing-masing pada tahun ini.. tak kira lah suka atau duka yang penting kita semua tabah mengharunginya. begitu juga editor baru-baru ini selesai menyudahkan majlis perkahwinan adik kedua yang berlansung pada 2 may yang lepas ada juga satu dua rakan maroc hadir.. walau pun ramai yang sibuk dengan aktiviti keluarga masing2 terima kasih diucapkan pada mereka. di pertengahan tahun ini tak banyak pembaharuan yang dilakukan olah ahli-ahli.. berkenaan dengan hobby RC dah semakin kurang jika di perhatiankan mana tak nya rakan-rakan ketika ini sibuk dengan banyak urusan masing-masing. aper pun komunikasi di jalur maroc tetap mcm biasa begitu. tak ader aper lagi nak diperkatakan jom layan lagu ria resty fauzy.. dan editor behenti disini tujuh tiga cario over..

Ahli maroc mengasah bakat ?

28 may 2008 salam semua.. *mengapakah tergamak sungguh memperdaya harapan ini tunas kasih yang aku semai racun berbisa yang kau sirami* ...ceh itu sebaris lagu dari kumpulan revolvers yang aditor nyanyikan sikit untuk ahli maroc yang dihormati.. bukan aper ini semua disebabkan terikut-ikut sebilangan ahli yang kini begitu cenderong untuk mengasah bakat masing-masing dalam bidang nyanyian..bukan lah mahu menyertai apa-apa pertandingan hanya sekadar suka-suka begitu. tapi apa yang editor nampak di akhir-akhir ini bila abis waktu bekerja ataupun hujung minggu ader saje plan untuk ke tempat2 karaoke.. malah topik minum di kedai kopi juga hangat memperkatakan hal ini..boleh dikatakan berbakat jugak ahli-ahli maroc ini.. namum komunikasi tanpa talian iaitu dijalur maroc tetap seperti biasa.. walau apa pun hobi dan minat yang di lakukan pasti ada kesudahan nya, semua ini berakhir bila waktu terus berlalu..diam tak diam dah nak masuk bulan enam kita semua berada di tahun 2009sekian carioooooo.

Marocv Melangkah lagi

Image
March2009 - Sedang kita semua sibuk dengan urusan kerja dan juga peribadi tak sedar masa itu berlalu kian pantas.. dah tiga bulan kita di tahun 2009. sepantas itu juga usia marocv kian matang di persada suasana ekonomi dunia yang meruncing di akhir ini. walau bagaimana pun aktiviti ahli berjalan seperti biasa.. senyum dan ketawa riang dikalangan ahli masih terdengar disana sini.. keseronokkan bermain dengan kereta kawalan jauh dikalangan ahli tidak dapt dibendung lagi dari acara DRIF bertukar ke super drag dan sebagainya.. pebelanjaan yang dah dilaburkan bukan lah satu topic yang nak dibicara kan yang penting kepuasan di litar adalah segalanya.. perestasi kewangan kelab yang semakin kukuh membolehkan kelab mewujudkan koperasi pinjaman dikalangan ahli-ahlinya.. aper yang menarik disini tiada interes dikenakan. tujuan utama adalah tak lain dan tak bukan hanya untuk mebantu ahli yang memerlukan.. syabas diucapkan kepada kelab kerana maju setapak lagi.. sekian dari editor MRCPD
Image
salam, penutup tahun 2008 banyak dihabiskan dengan bermain hobi sampingan oleh ahli-ahli kelab maroc iaitu kereta kawalan jauh yang lebih dikenali dengan RC rata-rata sebahagian ahli menunjukkan minat terhadap hobi ini yang mana ada sanggup mengeluarkan bajet yang tinggi semata-mata mahu menjadikan kereta masing2 adalah yang terbaik.. walau pun aktiviti kelab diakhir-akhir ini agak perlahan perjalanannya namun semangat berkomunikasi dikalangan ahli dan juga jalur rasmi masih tidak dilupakan. syabas diucapkan dari meja pengarang. penghujung tahun ini juga terdapat ahli baru yang masih belum rasmi keanggotaannya iaitu En kamal banjis yang mana juga kerap menceriakan jalur, walaupun ahli lembaga pengarah maroc belum memutuskan callsign beliau, juga syabas diucapkan kepada beliau semoga terus aktif demi kemajuan kelab begitu. tak kurang juga ada ahli yang mengabiskan tahun 2008 dengan bercuti diserata semenanjung negara berikutan cuti yang agak rapat dan majlis perkahwinan sanak saudara