salam, penutup tahun 2008 banyak dihabiskan dengan bermain hobi sampingan oleh ahli-ahli kelab maroc iaitu kereta kawalan jauh yang lebih dikenali dengan RC rata-rata sebahagian ahli menunjukkan minat terhadap hobi ini yang mana ada sanggup mengeluarkan bajet yang tinggi semata-mata mahu menjadikan kereta masing2 adalah yang terbaik.. walau pun aktiviti kelab diakhir-akhir ini agak perlahan perjalanannya namun semangat berkomunikasi dikalangan ahli dan juga jalur rasmi masih tidak dilupakan. syabas diucapkan dari meja pengarang. penghujung tahun ini juga terdapat ahli baru yang masih belum rasmi keanggotaannya iaitu En kamal banjis yang mana juga kerap menceriakan jalur, walaupun ahli lembaga pengarah maroc belum memutuskan callsign beliau, juga syabas diucapkan kepada beliau semoga terus aktif demi kemajuan kelab begitu. tak kurang juga ada ahli yang mengabiskan tahun 2008 dengan bercuti diserata semenanjung negara berikutan cuti yang agak rapat dan majlis perkahwinan sanak saudara serta rakan taulan, keadaan ini juga merupakan punca banyak aktiviti rasmi kelab tepaksa ditunda termasuk mesyuarat kelab,, sekian untuk pembuka 2009 diakhiri dengan ucapan selamat tahun baru warga maroc v...cerio

Comments

Popular posts from this blog

Tips umum dalam Radio Amatur

Kami kembali

Berita sukan Marocv