Posts

Showing posts from August, 2008

Maroc ingin didaftarkan pertubuhannya??

Berikut merupakan maklumat bagi menubuhkan sesuatu pertubuhan, jika kita benar-benar ingin menubuhkan MAROC sebagai sebuah pertubuhan/ kelab yang rasmi dan sah disisi undang-undang berikut merupakan kriteria-kriteria yang perlu ada sebelum membuat mendaftarkan sebagai satu pertubuhan sosial yang rasmi. 1. Apa itu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia? Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia adalah salah satu jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, iaitu badan utama kerajaan yang mengawasi pendaftaran sesebuah pertubuhan. Dengan perkataan lain, pertubuhan adalah juga biasanya disebutkan sebagai Badan-badan Bukan Kerajaan. Bagi maksud itu, undang-undang yang berkuatkuasa adalah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya, iaitu Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan. Di bawah Akta, sesuatu pertubuhan adalah ditakrifkan sebagai termasuk mana-mana kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan yang mengandungi tujuh atau leb

Karnival Sukan TM Lumut 2008

Alhamdulillah, sekali lagi MAROC-V telah berkhidmat dengan warga TM bagi pengajuran karnival sukan TM Lumut 2008. Perkhidmatan yang diberikan tidaklah besar manapun, namun ianya menjadi pelengkap penganjuran karnival sukan tersebut berjalan lebih lancar dan konsisten. Seperti sedia maklum sudah tentu khidmat komunikasi diberikan, dimana pihak MAROC dan ahli telah bersetuju untuk meminjamkan hampir 14 set walkie talkie (UHF) semata-mata memberikan sokongan kepada warga TM yang terlibat. Harapan kami di MAROC, semoga bantuan dan perkhidmatan yang diberikan sentiasa dihargai, kami bergerak, berdiri secara bersendirian dan tiada sebarang bantuan, dan ini semua adalah berkat dan usaha rakan ham Maluri sendiri sehingga tertubuhnya secara tidak rasmi MAROC-V.

Tips umum dalam Radio Amatur

Image
Berikut sedikit pengetahuan yang mungkin dapat dikongsi bersama rakan2. Ia juga boleh membaiki ralat yang sentiasa berlaku semasa QSO, dengan adanya tip dan pengetahuan tersebut mudah-mudahan dapat membantu rakan semua memperbaiki kesilapan seterusnya meningkatkan ilmu dalam radio amatur. Maaf, terpaksa convert pada format image sbb dlm blospot ni editornya agak terhad jugak..jadi untuk keselesaan membaca sila klik pada imej dibawah untuk saiz sebenar. 73, cherio de MRC-AC

Pengenalan MAROC

Pada peringkat awal bermula dengan komunikasi mengggunakan walkie talkkie di sekitar lokalan tempat kerja. dari 2 set handy UHF (brand ZDC) pada mulanya dan kini telah mempunyai 12 set dan lebih kurang 10 ahli yang aktif .Tujuan Penubuhan adalah untuk mempelajari dan Menambah pengetahuan lebih mendalam dalam komunikasi menggunakan frequensi Radio UHF/VHF. Juga Melatih ahli-ahli baru dalam persediaan meduduki peperiksaan RAE. Aktiviti yang pernah diadakan 1. konvoi ke putrajaya, sempena petunjukkan bunga api ASIA fire flower2. konvoi ke majlis perkahwinan BRAVO GOLF di serting Negeri Sembilan3. Mengadakan Kelas persediaan RAE 2007 ( Radio amatuer Exam ) Senari nama ahli yang aktif ketika ini... 1. Ahmad khairi MRC - BK 2. Norazlie MRC - AC 3. Azhari MRC - RE 4. Sham MRC - PD 5. Sukri MRC - SOU 6. Azman MRC - MN 7. Salleh MRC - SL 8. Azmira MRC - BG 9. Azmi MRC - AM 10. Zaidi wira MRC - ZW 11. Zaidi Kancil MRC - ZK 12. Azli wahmin MRC - LY 13. Hafiz MRC - HF 14. Fariul MRC - FR 15. Wan

Apakah itu Radio Amatur?

Radio Amatur ataupun juga dikenali sebagai Ham Radio" ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubungan dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan. Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, kemana-mana tempat, pada setiap masa. Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan. Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan ciri sebegitu seperti hobi ini? Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?Sudah tentu. Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan iany