Karnival Sukan TM Lumut 2008

Alhamdulillah, sekali lagi MAROC-V telah berkhidmat dengan warga TM bagi pengajuran karnival sukan TM Lumut 2008. Perkhidmatan yang diberikan tidaklah besar manapun, namun ianya menjadi pelengkap penganjuran karnival sukan tersebut berjalan lebih lancar dan konsisten. Seperti sedia maklum sudah tentu khidmat komunikasi diberikan, dimana pihak MAROC dan ahli telah bersetuju untuk meminjamkan hampir 14 set walkie talkie (UHF) semata-mata memberikan sokongan kepada warga TM yang terlibat.

Harapan kami di MAROC, semoga bantuan dan perkhidmatan yang diberikan sentiasa dihargai, kami bergerak, berdiri secara bersendirian dan tiada sebarang bantuan, dan ini semua adalah berkat dan usaha rakan ham Maluri sendiri sehingga tertubuhnya secara tidak rasmi MAROC-V.

Comments

Azmira@BG said…
Assalamualaikum dan salam ctc perdana pada semua station... Saya Azmira yang juga memegang call sign BG yang mewakili Kontingen Kelab TM Kuala Lumpur (KTM KL) dengan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Maroc-v atas kesudiaan meminjamkan set walkie talkie kepada kontingen KL untuk kegunaan semasa konvoi ke Lumut sempena Karnival sukan TM 08. Dengan adanya kemudahan yang diberi oleh Maroc-v, semua calopy yang berada dalam convoi KTM KL berjalan lancar dan tiada yang tercicir serta semua selamat sampai ke lumut dan pulang semula ke KL. Kami sangat2 menghargai sumbangan yang diberikan oleh Maroc-v. Dengan itu, saya sekali lagi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Maroc-v dan sumbangan maroc-v sangat besar maknanya kepada kami, sekian terima kasih daun keladi, ada event kami pinjam lagi.
sekian, salam 7 3 pada semua.
apis said…
lepas ni kener la bayar kot...hehe
Unknown said…
Tahniah azmira kerana telah memacu maroc ke satu peringkat yang amat membanggakan

Popular posts from this blog

Tips umum dalam Radio Amatur

Kami kembali

Berita sukan Marocv