Maroc Menyertai Perlawanan persahabatan bagi sukan bola sepak

Tahun 2013, telah masuk ke pertengahan tahun. terasa begitu pantas masa berlalu tanpa disedari. PRU baru saja berlalu dan kesibukan disana sini serta bahang dan kemeriahan nya jelas kelihatan dan keputusanya telah diketahui ramai, kami di Maroc menerima dengan hati terbuka walau siapa yang menjadi pucuk pimpinan dan menubuhkan kerajaan bagi negara malaysia yang tercinta ini. pada 18 may 2013, akan berlansung di padang TM cyberjaya jam 5.30 petang satu perlawanan persabatan bagi sukan bola sepak antara team maroc Tm maluri dengan team Tm campuran. penyertaan dari ahli maroc amat menggalakkan walau pun ahli sebenar maroc sedikit demi sedikit telah berpindah bertugas di tempat lain, namun yang masih ada tetap bersemangat meneruskan aktiviti bagi mengisi masa lapang selain mencuba sesuatu yang baru bagi kami. En Fariul(MRCFR) merupakan salah seorang yang telah kuat berusaha supaya penyertaan ahli maroc dalam perlawanan bolasepak ini menjadi kenyataan. beliau juga telah membuat kutipan dari ahli2 bagi membolehkan pasukan kami mempunyai jersi kelab sendiri. Usaha beliau yang begitu gigih serta kata-kata semangat yang beliau tiup pada setiap ahli Maroc, menyebabkan kami begitu teruja untuk melansungkan perlawanan bola sepak ini walaupun rata-rata dikalangan ahli Maroc sudah lama meninggalkan arena ini. Selang beberapa tahun ini ahli-ahli maroc ramai yang sudah membawa haluan masing2 antaranya En Sukri (MRCSOU) yang dulu berpindah tugas ke zon lain kini telah berpindah ke negeri kelahiran beliau di pahang atas sebab naik pangkat tahniah buat beliau. Seorang lagi En Azhari (MRCRE) juga telah naik pangkat dan berpindah ke unit lain baru-baru ini namun masih di kuala lumpur, Tak kurang juga ahli2 tak rasmi maroc yg lain, merupakan adik2 yang baru menyertai TM yang dilihat minat bersama-sama dalam perlawanan bola sepak. sekian

Comments

Popular posts from this blog

Tips umum dalam Radio Amatur

Kami kembali

Berita sukan Marocv