Perlawanan Persahabatan dan Lawatan ke Sabah





 Assalammualaikum dan selamat sejahtera...  kata-kata awal  sudah tapi bagaimana editor mahu mula kan cerita yang penuh dengan isi dan berita yang menarik yang telah ditajukkan di atas.

Dari Tahun 2013 lagi perancangan perlawanan persahabatan bola sepak bersama TM AND Negeri Sabah telah di rancangkan oleh En Azmira selaku Naik pengerusi pasukan kami.

setelah segalanya di urus dengan baik maka perjalanan kami ke sabah menjadi kenyataan dan telah berlansung pada 25 hingga 27 April 2014 dan ia menjadi sejarah dalam pasukan kami.

Kedatangan kami ke negeri Sabah telah di sambut dengan begitu baik sekali oleh orang yang paling besar iaitu En Ahmad Zamri Hashim selaku GM AND negeri Sabah.


Bermula 24 Aprill 2014 jam 11 malam di surau TM maluri solat hajat dan doa selamat telah diadakan yang di pimpin khas oleh ustaz Hashim Hussein dari KOTAMAS TM yg sudi meluangkan masa untuk majlis tersebut. sedikit jamuan telah di adakan di tingkat 2

Pada 25 Aprill 2014 jam 1.45 pagi perjalanan kami bermula dengan bantuan Rakan seperti Alif, Ariff , Lan, Shah, Rodzwon menggunakan kenderaan sendiri bertolak ke LCCT, konvoi 6 buah kenderaan yang di lengkapi set radio UHF setiap kenderaan memudahkan lagi kami berkomunikasi antara satu sama lain.









Konvoi dari TM Maluri Ke LCCT berjalan dengan lancar dan kami sampai pada jam 3.00 pagi. penerbangan kami adalah pada jam 6.00pagi bagi mengelakan sebarang masalah kami sampai awal bagi memastikan bagasi kami diurus dgn baik, maklum lah kami ramai.







pelbagai ragam dan kerenah pemain ketika berada di LCCT, Rata2 kelihatan seronok walaupun jam dah 4 pagi dan masih belum tidur. kami juga telah mencuri tumpuan penumpang yang sedang menanti di terminal tersebut kerana seragam kami yang kelihatan Ala2 Atlit negera itu.

Setelah melepasi pemeriksaan dan bagasi oleh pihak keselamatan lapangan terbang perjalanan kami meninggalkan tanah semenanjung bermula.












Penerbangan dari Kuala lumpur ke Kota Kinabalu  mengambil masa 2 jam 20 minit. Lebih kurang jam 9.00 pagi kami selamat mendarat di lapangan terbang Kota Kinabalu.










Kami telah menyewa 2 buah Van bagi memuatkan seluruh pasukan kami bagi tujuan kami bergerak ke kundasang dan ranau. kami sarapan pagi bersama En Ahmad Zamri di bandar KK sebelum bertolak ke kundasang.





Perjalanan ke kundasang mengambil masa 2 jam dari KK. Laluan yang berbukit bukau dan pemandangan yang indah di negeri sabah telah memukau kami sepanjang perjalanan itu walau pun cuaca hujan dan berkabus tidak mematahkan semangat kami, sebelum editor terlupa kami juga sempat singgah di rumah terbalik






Berhampiran dengan kaki gunung Kinabalu Kundasang merupakan tanah tinggi seperti di cameron highland cuaca dan udara yang sejuk sentiasa  menjadi lokasi ini juga sering dilawati oleh ramai pelancong. 





kami sampai lebih kurang jam 3 petang di TM Resort kundasang. setelah semua mengambil tempat dan berehat petang itu lebih kurang jam 5 petang kami ke pekan kundasang untuk makan malam. seperti yang kita maklum waktu disana awal 1 jam dari semenanjung. sebab itu kami turun makan awal.




Rata rata semua pemain keletihan setelah seharian menempuh perjalanan yang jauh, mlm tersebut kami tidak banyak melakukan aktiviti dan jadual juga menunjukkan pemain perlu berehat. hanya sedikit taklimat dari jurulatih kami En deva









Pada Keesokkan hari nya 26 Aprill 2014 Seawal pagi team telah bersedia untuk memulakan lawatan, memandangkan perlawanan akan berlansung pada waktu petang. kami memulakan aturcara dgn minum pagi di pekan kundasangan






Tempat pertama yang sempat kami lawati adalah ladang lembu kundasang












setelah itu kami meneruskan lawatan kami ke pekan ranau sebelum singgah di ladang teh sabah







ketika ini jam telah pun menunjukkan pukul 1 tgh hari, maka kami bertolak semula ke pekan ranau dimana disana akan berlansung perlawanan bola sepak.




 kami singgah makan dan solat sebelum pergi ke padang 









Perlawanan bermula dengan begitu baik sekali dimana Team TM maluri mendahului jaringan setelah mendapat sepakkan percuma akibat dari faizal telah dijatuhkan di luar kotak penalti.. sepakkan tersebut disudahkan oleh En deva dan ia menghasilkan gol..

gol pihak lawan pula, dijaringkan dengan begitu dramatik dimana salah seorang pemain mereka membuat sepakkan dari tengah dan En azmira gagal menangkap bola lalu menghasilkan gol.



Cuaca petang itu memang amat baik sekali para pemain telah mempamerkan corak permainan yg begitu cantik tiada sebarang kecederaan dan mutu pengadilan yg santai membolehkan pertukaran pemain dilakukan tanpa sebarang masalah. Di pihak lawan juga En Ahmad Zamri disaat akhir turut membantu pasukan beliau yg mana beliau bermain di Posisi penyerang tidak kurang hebat juga beliau. Ini menunjukkan perlawanan bola sepak yg diadakan adalah tak lain mengeratkan silaturahim antara kami. keputusan perlawanan itu seri satu sama.



Berikut senarai pemain dan jurulatih 
Fariul, Azmira, En Rosli, En din, Faizal, Aflaha, cikgu, Deva, Raja, Kayen, sham, Izaq, wok long, wak, Busiri, Akmal, Ijat, Yusri, Saleh, zaidi, Hairi.

Seramai 21 anggota yg menyertai misi ke sabah pada kali ini. Terima kasih tak lupa juga pada rakan2 yg tidak pergi dan membantu kami agar operasi zone tetap berjalan tanpa sebarang masalah Semasa ketiadaan kami terutama En majid, En Azlie,En Iskandar, En Haidir, Team CTT unifi dan ramai lg yg tak dapat disebut disini.

Kami juga merasa gembira dimana En Zaidi sudi meluangkan masa juga mengikuti program kami sebagai juru kamera professional walau beliau Bukan dari anggota Tm.


Setelah tamat perlawanan itu kami semua pulang ke Tm resort kundasang untuk berehat dan malam itu kami di jamu makan malam bersama GM AND Sabah dan para pemain beliau. Sedikit hiburan turut disediakan iaitu karaoke 



Maka dengan itu tamat lah sudah agenda kami bersama team bola AND negeri Sabah.
Keesokkan pagi 27 April 2014 jam 9.00 pagi kami bertolak balik ke Kota Kinabalu, Di sana kami  membeli belah buah tangan untuk keluarga dan kawan2. Penerbangan pulang pada jam 9.30mlm jadi ada banyak masa untuk kami ronda2 sekitar bandar kota kinabalu antaranya pasar plilippines.

Setelah selesai jalan2 dan shopping di bandar KK kami bergerak ke Airport KK, Proses Pemulangan Van dan bagasi yang banyak dari setiap pemain di uruskan bersama walau pun rata2 pemain telah keletihan.
penerbangan kami terlewat sedikit  dan kami meninggalkan KK pada jam 9.45malam.

Lebih kurang jam 12.00 kami selamat sampai semula di semenanjung. Terima kasih pada En Azmira yg telah berusaha keras sehingga berjaya nya misi angan2 kami ini menjadi kenyataan

Pelbagai kenangan telah terukir di hati Setiap peserta, yg belum pernah ke negeri Sabah yg belum pernah menaiki pesawat telah merasai nya sendiri Entah kan bila program sedemikian ini akan ada lagi, akhir kata maju lah sukan untuk negara kami dah cuba anda bagaimana. 
Editor -  sham - 

Gambar2































Comments

MRC-PD said…
Komen lah sikit kawan2
zecter said…
Hensemnyer player2

Popular posts from this blog

Tips umum dalam Radio Amatur

Kami kembali

Berita sukan Marocv